Program ‘Online Marketing’ Bersama Pelatih Giat Mara Kuala Kedah
8 April 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar giat mara dalam menjalankan perniagaan secara atas talian dengan memberi pendedahan berkenaan teknik dan cara-cara untuk membina strategi pemasaran perniagaan melalui media sosial, menaik taraf dan menilai paparan laman media sosial serta mengaplikasi teknik copywriting berkesan dalam media sosial. Ia juga dapat memberi pendedahan kepada pelatih Giat Mara untuk menggunakan facebook ads online secara mudah, berpengetahuan dalam mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan di pasaran online serta memberi pengetahuan mengenai teknik dan cara untuk mengambil gambar produk dengan teknik yang betul.
Program ini adalah program tahunan kerjasama antara Pusat Internet dan Pusat Giat Mara Kuala Kedah yang mensasarkan latihan kepada pelatih dalam melahirkan usahawan muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: